20100316

SUKAN TAHUNAN KALI KE 7 DI UNITEN




Salam Satu Malaysia,

Pihak SMK BPJ (A) telah dengan jayanya menganjur Kejohanan Olahraga Kali Ke 7 di UNITEN, Bangi pada 11 Mac 2010. Tiga keping gambar di atas jelas menunjukkan semua hadirin menonton acara yang dijalankan dengan 'khusyuk'. Ini dengan sendirinya menunjukkan bahawa Sukan itu telah berjaya menarik minat para hadirin.

Penyertaan yang menyeluruh oleh pelbagai pihak seperti ibu-bapa, pihak pentadbir (PN. Rohati pun join persembahan), guru-guru, staf sekolah, bekas pelajar, pihak luar(instruktor senamrobik), dan sekolah-sekolah berhampiran dalam aktiviti yang diadakan telah membantu menjayakan Kejohanan tahun ini.

Tahun depan kita akan berhijrah ke stadium yang lebih besar dengan harapan menganjur Kejohanan yang lebih meriah.

Terima kasih daun keladi kepada semua pihak yang telah membantu menjayakan Sukan Tahunan 2010.

SMK BPJ (A) boleh.

No comments:

Post a Comment