20100905

PANDUAN PAKAIAN PJ UNTUK GURU DAN MURID

Salam Satu Malaysia,

Terlebih dahulu, saya ingin mengucapkan selamat berpuasa dan selamat menyambut Hari Raya Aidil Fitri kepada semua kenalan yang beragama Islam. Tidak lupa juga selamat bercuti dan ingat berhati-hati di jalan raya.

Guru-guru PJ dan murid-murid telah menjadi mangsa teguran, marahan dan tindakan disiplin kerana tidak memaki pakaian yang 'sesuai' selepas mata pelajaran PJ. Siaran berikut akan melegakan hampir kesemua murid di sekolah rendah dan menegah serta guru-guru PJ yang sudah lama 'menahan' teguran dan sindiran rakan guru dan pentadbir sekolah.

Saya harap kita guru-guru PJ dapat meningkatkan mutu P&P PJ dengan kelonggaran yang dibenarkan melalui surat siaran ini (tidak ada alasan untuk kita tidak berpakaian sesuai semasa Pendidikan Jasmani)

Sekian.