20100905

PANDUAN PAKAIAN PJ UNTUK GURU DAN MURID

Salam Satu Malaysia,

Terlebih dahulu, saya ingin mengucapkan selamat berpuasa dan selamat menyambut Hari Raya Aidil Fitri kepada semua kenalan yang beragama Islam. Tidak lupa juga selamat bercuti dan ingat berhati-hati di jalan raya.

Guru-guru PJ dan murid-murid telah menjadi mangsa teguran, marahan dan tindakan disiplin kerana tidak memaki pakaian yang 'sesuai' selepas mata pelajaran PJ. Siaran berikut akan melegakan hampir kesemua murid di sekolah rendah dan menegah serta guru-guru PJ yang sudah lama 'menahan' teguran dan sindiran rakan guru dan pentadbir sekolah.

Saya harap kita guru-guru PJ dapat meningkatkan mutu P&P PJ dengan kelonggaran yang dibenarkan melalui surat siaran ini (tidak ada alasan untuk kita tidak berpakaian sesuai semasa Pendidikan Jasmani)

Sekian.

29 comments:

  1. Sampai perlukan pekeliling untuk pakaian sukan untuk guru dan murid sekolah? Tak lama nanti lagi satu pekeliling untuk cara memakai dan apa jenis pakaian yang sesuai dan dibenarkan? Cis! Apa dah jadi negaraku tercinta? Para guru pun perlu diarah bagaikan seorang kanak-kanak. Para guru PJ yang saya hormati, mana lebih penting? Mengajar PJ mengikut lunas dan sukatan pelajaran dan bukan beri sebiji bola dan jadi tungkul kayu di tepi padang (contoh kelakuan makan gaji buta) atau berpakaian ala atlet superstar dengan menayangkan kasut sukan berjenama serta memastikan baju kemeja-t tidak diselitkan ke dalam 'track bottom'? Bukan main hebat posting dalam fb. Harap semangat yang sama dapat dipamerkan semasa mengajar anak murid nanti.
    Salam 1 Malysia

    ReplyDelete
  2. Hello Anonymous,
    Terima kasih atas pandangan anda. Saya setuju dengan pandangan anda tentang banyak 'guru PJ' makan gaji buta. Apabila kita mendalami perkara ini, kebanyakkan guru sedemikian bukan guru latihan PJ. Saya pernah dengar rakan guru yang kata, "mengajar Pj adalah mudah, tidak perlu rancang, tidak ada ujian dan sebagainya". Mereka lupa akan hasrat kurikulum PJ dan tanggung jawab mereka terhadap murid. Perkara yang dibincang di sini adalah tentang senario di sekolah di mana ada guru PJ yang pernah ditegur di khalayak orang ramai kerana tidak salin pakaian selepas kelas PJ. Ada rakan guru yang 'frus' sehingga sanggup mengajar PK sahaja supaya tidak ditegur. Hai, itulah nasib kita. Orang lama sanggup berjuang, orang muda putus asa.

    Salam Satu Malaysia.

    ReplyDelete
    Replies
    1. setuju dengan komen: kebanyakan guru ini bukan opsyen PJ. tetapi sebaliknya mereka ini adalah tenaga pengajar pelengkap jadual waktu yang kurang. jangan hukum cikgu PJ tanpa pembelaan

      Delete
  3. Salam Cikgu Gopal,
    Senario yang cikgu kemukakan adalah satu masalah yang abadi dan saya tidak nampak akan selesai walaupun dengan perlaksanaan pekeliling terkini. Memang saya menyanjung guru PJ yang berdedikasi tetapi berapa kerat yang sedemikian. Saya amat terkilan isu pakaian sukan baik guru atau pelajar perlu sampai ke tahap arahan pekeliling kementerian. Sebagai seorang pendidik, saya menunggu hari dan masa pekeliling khas memastikan guru PJ melaksanakan tugas dan tanggungjawab seperti yang termaktub dalam Akta Pelajaran 321.Para(A) serta tindakan tatatertib yang boleh diambil ke atas mereka yang melanggar peraturan tersebut. Amat menyakitkan hati bila setiap kali saya melihat guru PJ (mungkin yang tidak mendapat latihan PJ)mengajar ala melepaskan batuk di atas tangga dan yang menjadi mangsa ialah anak saya sendiri.
    Salam 1 Malaysia

    ReplyDelete
  4. Saudara/Saudari Anonymous,
    Terima kasih atas padangan saudara/saudari. Masalah P&P di sekolah memang tidak dapat diselesaikan dengan surat pekeliling. Apa yang diperlukan adalah perubahan dalam pendekatan terhadap mata pelajaran PJ. Pihak BPK sedang berusaha ke arah ini dengan kurrikulum baru iatu KSSR dan KSSM. Perkara yang paling penting di sini adalah modal insan (guru PJ). Kita mesti ubah 'mindset' kita bahawa PJ tak penting ataupun orang lain tak mementingkan PJ. Seperti yang dikatakan oleh saudara/saudari Anonymous, kebanyakan guru PJ sama ada yang terlatih atau tidak, mengajar ala melepaskan batuk di atas tangga (pinjam kata-kata saudara/saudari). Kita mesti ganding usaha kita untuk memartabatkan PJ demi kepentingan anak kita dan seterusnya ke arah kesejahteraan rakyat Malaysia.

    Salam Satu Malaysia

    ReplyDelete
    Replies
    1. "kebanyakan guru-guru PJ mengajar seperti melepas batuk ditangga" ini semua andaian...lahirnya pemain2 berkelas dunia yang hebat spt lee chong wei nicol, dan lain2nya, bermula di sekolah bukan terus hebat. kadang2 menyalahkan memang mudah like perangai anak ketam

      Delete
  5. Guru dan murid ditegur kerana memakai pakaian yang tidak sepatutnya dan tidak menunjukkan keseragaman. Ada sesetengah guru PJ pula (Bukan En. Gopal), mengajar PJ tidak mengikut Sukatan Pelajaran. Adakah P&P PJ setakata Bola Sepak sahaja sepanjang tahun???? Tepuk dada tanyalah seklera.

    ReplyDelete
  6. Setiap sekolah mempunyai dasar atau peraturan khusus yang ditetapkan oleh pengetua atau pihak sekolah masing-masing termasuk perkara yang berkaitan dengan P&P Pendidikan Jasmani dan Kesihatan. Jika guru yang berpengalaman tidak menyokong usaha yang dibuat oleh pihak sekolah, maka hancurlah sekolah itu. Saya berharap agar perkara itu tidak berlaku di SMKBPJA. Kita memerlukan guru-guru, murid-murid dan ibu bapa yang menyokong pihak sekolah.

    ReplyDelete
  7. Saya setuju dengan SMK Bandar Puchong Jaya (A) bahawa kebanyakan guru mengajar PJPK tanpa merujuk kepada Sukatan Pelajaran. Kebanyakannya mengambil jalan mudah dengan mengajar apa yang diminati murid. Mereka tidak memahami bahawa PJPK adalah matapelajaran yang mempunyai Sukatan Pelajaran yang seharusnya diikuti oleh semua guru. Guru PJPK yang ingi mengajar mengikut Sukatan Pelajaran mengalami masalah kerana murid belum/tidak diajar perkara yang seharusnya dipelajari. Jadi marilah guru-guru PJPK yang disayangi, kita berusaha untuk memantapkan p&p PJPK supaya mata pelajaran PENTING ini tidak dipandang remeh.

    ReplyDelete
  8. hello....kau orang yang tak ajar pj apa tau...kau orang lagi makan gaji buta...masuk kelas ..suruh murid buka buku latihan je tau...tak pun photostat bebanyak latihan..aku pun boleh...budak prasekolah pun boleh buat camtu...

    guru PJ

    ReplyDelete
  9. Tahniah, tuan-tuan. Tulisan yang sangat menunjukkan dalaman tuan-tuan sebagai cikgu. Bahasa yang kesat, tak bermaruah dan terlalu murah. Lepas ni, mintak orang lain hormatkan cikgu. Walaupun mulut tuan-tuan macam laser, jangan la nak menunjuk sangat. Nampak sangat tak ikhlas. Sabar la dalam menulis. Nanti anak murid biadap, ada hati nak marah.

    ReplyDelete
  10. Manusia itu lupa.Marilah kita bersama-sama saling ingat mengingati antara satu sama lain.Kesilapan guru sentiasa diperhati, sedangkan setiap insan adalah guru. Ingat! sesiapa yang mencela diatas, dibahu mereka ada tanggungjawab. ibu bapa terhadap anak, abg terhadap adik, pemimpin terhadap rakyat dan sebagainya. Yang salah sama2 kita perbetulkan. Bukannya menuduh seseorang itu makan gaji buta. Pekeliling adalah panduan. Jadi setiap panduan itu perlu diikuti. Jadi, perhatikan diri sendiri dahulu sebelum kita menuduh org lain. Kerana kesannya amat dashat.

    ReplyDelete
  11. Terima kasih atas pandangan saudara/saudari. Apa yang kita dapat dari perbincangan di sini adalah bahawa anda semua sayang akan matapelajaran PJ. Walaubagaimanapun, kita seharusnya membawa perasaan dan pandangan kita ke medan yang betul seperti mesyuarat guru, mesyuarat kurikulum dan mesyuarat panitia. Kita perlu usaha untuk mengubah keadaan di sekolah masing-masing. Memang ada pihak yang memandang rendah terhadap PJPK tetapi keadaan ini wujud kerana kita guru-guru PJPK yang tidak 'mendidik' mereka tentang kepentingannya.
    Anda dialu-alukan untuk 'melepaskan' geram di blog ini tetapi jangan setakat di sini sahaja kerana pihak yang berkenaan mungkin tidak membaca blog ini. Bawalah pandangan dan kritikan anda ke pihak yang berkenaan. Dari pengalaman saya, pihak atasan memang prihatin dan pro aktif jika kita terangkan perkara ini dengan cara yang betul.
    Kong Xi Fa Cai

    ReplyDelete
  12. ermmm...malangnya, ada lagi pengetua yang x update dengan pekeliling ni....murid dan pelajar masih lagi disuruh menyalin pakaian uniform sebelum rehat... walaupun saya ada menyatakan mengenai pekeliling ini, namun jawapanya 'saya x dapat (maklum) pun'...ish3...

    akibatnya, pelajar malas memakai pakaian pj....x sesuai nak mengajar budak bila mereka pakai pakaian uniform sekolah....

    -hafiz-

    ReplyDelete
  13. kalo ada maklumat berkenaan dengan minit mesyuarat pjk lagi bagus

    ReplyDelete
  14. Maksud minit mesyuarat PJPK adalah berkaitan dengan mesyuarat Panitia PJPK di sekolah masing-masing. Semasa mesyuarat ini semua perkara berkaitan dengan PJPK terutamanya tentang SPI dibincang dan diminitkan. Pihak pentadbir diberi salinan minit ini. Sekiranya perkara ini dilakukan, pihak pentadbir perlu bertanggung jawab sekiranya ada persoalan tentang P&P PJPK oleh pihak yang berkaitan seperti Jemaah Nazir, JPN, BPK dan sebagainya. Perkara yang penting di sini adalah usaha kita sebagai guru PJPK ke arah memartabatkan mata pelajaran kita.
    Salam 1 Malaysia

    ReplyDelete
  15. saya adalah guru pjk disekolah saya. Bila kami menetapkan pelajar memakai tshirt yg seragam ada pula guru2 tak puas hati dan mrk jugak mahu guru berpakaian spt pelajar. saya nak tanya adakah pekeliling yg lama x lagi diguna pkai iaitu guru pjk boleh memakai t,shirt berkolar, jersi atau yg sesuai. berdasarkan pekeliling yg terbaru hanya tertera memakai baju berkolar, track bottom, kasut sukan dan stokin putih

    ReplyDelete
  16. Assalamualaikum W.T.B
    Saya amat tertarik dengan ruangan yang disediakan ini. Saya pun cuba-cuba la pula mengemukakan pandangan tentang isu guru PJ ini. Mari kita kaji tentang mengapa kebanyakan sekolah di negara kita ini, samada sekolah menengah atau sekolah rendah. Pengetua/Guru besar tidak mengendahkan tentang guru PJ. Bagi mereka, semua guru boleh mengajar PJ. Bila mereka berpendapat demikian, maka wujudlah 'bidan terjun' dan dan jadi lah PJ itu sebagai matapelajaran 'Anak Tiri' di sekolah. Sedangkan matapelajaran PJPK adalah yang paling penting diajar di sekolah. Saya beranai mengatakan bahawa. Tugas jurulatih sukan negara dan tugas seorang doktor tidak lah rumit jika guru PJPK di sekolah menjalankan tugas dengan baik. Guru PJ di sekolah bertindak sebagai jurulatih atau doktor.

    ReplyDelete
  17. Assalamualaikum wtb
    Jika kita buat kajian di sekolah-sekolah, tidak ramai Guru besar/Pengetua yang risau jika sekolahnya kekurangan guru opsyen PJPK. Kerana bagi pendapatnya, semua guru di sekolahnya boleh mengajar m/pelajaran ini. Bila mereka berpendapat deikian, maka akan adalah 'bidan terjun' dan jadilah m/pelajaran PJPK sebagai 'anak tiri' di sekolah. Saya berpendapat, guru PJPK ini merangkumi tugas seorang jurulatih sukan,dan seorang doktor. Saya berani katakan yang m/pelajaran PJPK lebih penting daripada m/pelajaran sivik,muzik,p.moral,kajian tempatan dan beberapa lagi yang lain. Oleh itu, kita lahirkanlah guru-guru PJPK yang profesional dan lantik lah guru PJPK yang mempunyai pengetahuan luas dalam PJPK. JANGAN ANAK TIRIKAN PJPK.

    ReplyDelete
  18. apakah tindakan yang dapat dilakukan kepada guru yang tidak berpakaian baju sukan sewaktu PJ ?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Keperluan pakaian yang sesuai semasa P&P PJ telah ditetapkan oleh Kementerian dalam SPI. Jika kita sebagai penjawat awam melanggar peraturan yang ditetapkan, pihak pentadbiran sekolah boleh mengambil tindakan disiplin. Ini adalah tindakan yang drastik. Apa yang kita boleh lakukan adalah dengan cara memberi satu naskah SPI tersebut kepada guru berkenaan, menasihati beliau atau meminta orang senior dalam mata pelajaran ini untuk membantu menasihiti beliau, Jika anda adalah ketua panitia, anda boleh mohon kepada pihak pentadbiran supaya guru ini tidak dibenarkan mengajar PJ. Kemungkinan besar beliau adalah seorang guru bukan opsyen PJPK.

      Delete
  19. Surat pekeliling adalah dasar...so cikgu kena patuhi arahan.tak ada kena mengena dgn mkn gaji buta atau posing dlm fb ke apa...semua terpulang pd niat masing2 menjadi pendidik.ada kebaikannya penetapan pakaian sukan dibenarkan sepanjang hari kerana tidak membazirkan masa murid atau guru menyalin pakaian.lagipun pjpk adalah subjek yg paling disukai oleh murid.sekarang zmn pbs...so guru kena.mengajar ikut sukatan pelajaran pjpk..jika tidak murid tidak mencapai band dlm subjek pjpk.

    ReplyDelete
    Replies
    1. booooooo

      bole blah la lu
      skemaaaaaaaaaaaaaaaa

      Delete
  20. Saya guru pendidikan islam pada masa yang sama kena mengajar pj jugak....kawan2 saya pun senasib...tp bila kami mempraktikkan berpakaian baju tshirt muslimah guru2 lain mcm2 pendapat dan xketinggalan juga berpandangaan sinis pada kami...saya nak tanya...ada x peraturan yg mengatakan bj pj tu warna putin n suar hitam jer?kami dah pakai bj pj n berkasut dah kira bersyukur...slama ni kami mengajar berpakaian baju kutung n kasut bertumit....

    ReplyDelete
  21. Salam, nk tanya klu hari isnin utk hari perhimpunan rasmi dibenarkan x utk pakaian sukan?

    ReplyDelete