20120304

Program Obesiti Sifar (POS) MSSD Gombak

Salam sejahtera,

MSSD Gombak telah melancarkan satu program yang dikenali sebagai Program Obesiti Sifar pada 1 Mac 2012.Program ini adalah dalam bentuk pertandingan di mana setiap sekolah menengah di Daerah Gombak dikehendaki menghantar 6 orang murid yang didapati berlebihan berat badan berdasarkan IJB. Murid ini diberi pendedahan tentang Pemakanan oleh pegawai dari Pejabat Kesihatan Daerah Gombak, maklumat tentang kecergasan dan praktikal bersenam oleh saya sendiri serta senamrobik oleh Pn. Noorhasliza bt. Azhari dari SMK Bukit Gading.
Anatara objektif program ini adalah:

2.1. Membantu peserta mendalami ilmu dalam pengurusan berat badan.


2.2. Mendedahkan peserta tentang amalan pemakanan yang yang sihat.

2.3. Memberi pengetahuan kepada peserta untuk merangka diet yang sesuai untuk pengurusan berat badan yang betul dengan cara yang sihat.

2.4. Membuka minda peserta tentang bahaya obesiti.

2.5. Menyedarkan peserta betapa pentingnya kesihatan diri dalam kehidupan seharian.

2.6. Menjadikan peserta sebagai contoh dan idola kepada pelajar-pelajar di sekolah masing-masing dan mengembangkan ilmu pengetahuan peserta agar dapat memberi tunjuk ajar kepada pelajar-pelajar yang lain.

2.7. Boleh melakukan aktiviti senamrobik dan aktiviti kecergasan yang lain.

2.8. Melatih peserta lebih berdisiplin dan bertanggungjawab.

Saya agak kagum dengan komitmen yang ditunjukkan oleh guru-guru dan murid-murid yang telah menghadiri pelancaran tersebut. Harapan saya adalah supaya semua peserta dapat mengekalkan motivasi masing-masing untuk terus berusaha untuk mengurangkan berat badan melalui pengamalan gaya hidup yang sihat terutama sekali dari segi amalan pemakanan dan senaman yang sesuai dengan objektif anda.

Saya harap kita dapat berinteraktif melalui blog ini untuk menjayakan program ini. Saya akan pos maklumat berkaitan senaman dari masa ke masa untuk membantu anda. Saya memerlukan maklum balas dari anda supaya perkara yang dipos itu benar-benar berguna kepada anda.

Sekian dan selamat berjaya. Jagan lupa : SENYUM

Cikgu Gopal

No comments:

Post a Comment