20100319

Kejohanan Olahraga MSSD Petaling Perdana 2010

Jevianath selepas menerima hadiah.
The future stars (L-R) Lashini, Tung Yan, Yan Ni, Ker Yee

Salam Satu Malaysia,

Pasukan Olahraga sekolah telah mengambil bahagian dalam Kejohanan Olahraga MSSD Petaling Perdana 2010. Seramai 32 orang atlet telah terpilih. Prestasi beberapa orang atlet sangat menggalakkan, terutamanya atlet tingkatan satu. Walaubagaimanapun, kejayaan diukur dengan bilangan pingat dan sekolah kita hanya berjaya memenangi satu pingat perak iaitu Jevianath 4UKM dalam acara 5000m lelaki terbuka dan tempat keempat juga oleh Jevianath dalam acara 3000m lari berhalangan.

Rangkaian 4x100m Perempuan Kelas 3 telah menunjukkan prestasi yang cemerlang dengan menduduki tempat keempat.

Jika ingin berjaya, anda perlu berlatih sepanjang tahun. Latihan olahraga akan berterusan sehingga akhir tahun ini. Murid yang berminat, rujuk papan kenyataan kokurikulum untuk jadual latihan.

Terima kasih kepada Pn. Yong, Pn Mariah dan En. Nawi kerana membantu dalam persediaan pasukan dan mengurus atlet semasa kejohanan.

SMK BPJ (A) terus berusaha ke arah kecemerlangan.

1 comment:

  1. Gops,
    The satisfaction of seeing the fruit of one's labour is priceless. Keep up the good work. Posting reports and photos of the athletes will definitely spur them on to work harder. Kudos to the untiring effort of the other teachers.
    Participation in sport has at least given the students an opportunity to be proud of themselves which also contribute to positive outlook in life.

    ReplyDelete