Salam 1Malaysia.
Kejohanan Olahraga Remaja 2011 akan diadakan di trek MSN Bukit Jalil pada 25 dan 26 Jun 2011. Maklumat berkenaan adalah seperti berikut. Kepada individu yang berminat dan tidak ada pasukan, anda boleh menghubungi saya untuk penyertaan.
Regards
Cikgu Gopal
KEJOHANAN OLAHRAGA TERBUKA REMAJA SELANGOR 2011
PERATURAN PERTANDINGAN
Kejohanan ini adalah dijalankan mengikut peraturan-peraturan Kesatuan Olahraga Amatur Malaysia.
1. PENYERTAAN
Pertandingan ini terbuka kepada semua Gabungan-Gabungan POAS, KOAM, Sekolah-Sekolah dan orang awam dan jemputan.
2. BUTIR-BUTIR PERTANDINGAN
TARIKH
Sabtu 25 Jun 2011 7.30 pagi hingga 5.00 petang
Ahad 26 Jun 2011 7.30 pagi hingga 500 petang
TEMPAT
Stadium Mini MSN, Bukit Jalil, Kuala Lumpur
3. ACARA-ACARA YANG AKAN DIPERTANDINGKAN ADALAH SEPERTI DILAMPIRAN.
4. KEMASUKAN
Umor Peserta bawah 21 Tahun (Sahaja)Tahun Lahir 1991 dan selepas
Acara peseorangan :- Tiada had untuk semua gabungan-gabungan POAS,KOAM, Sekolah-
Sekolah, orang awam dan jemputan.
5. PERMOHONAN MASUK
5.1 Semua permohonan hendaklah dibuat dalam borang yang disediakan.
5.2 Nama peserta (dalam HURUF BESAR) dan nombor Kad Pengenalan
hendaklah diisi dengan penuh dan jelas dalam borang penyertaan masuk.
5.3 Borang-borang yang tidak lengkap tidak akan diterima.
5.4 Penyertaan yang lewat tidak akan diterima.
5.5 Semua borang penyertaan hendaklah disampaikan pada atau sebelum 17 Jun 2011
kepada:-
Cik Chin Kim Har
Setiausaha Pertandingan
POAS.
d/a 84 Jalan SS 15/2D
47500 Subang Jaya
Selangor
No. Fax : 03 –56313449
No. H/P : 016-6854187 (selepas Jam 3.00ptg)
6. YURAN KEMASUKAN
RM 5.00 bagi setiap Peserta. Percuma bagi penyertaan Sekolah-Sekolah
7. TARIKH TUTUP
17 Jun 2011
8. NOMBOR PESERTA
Peserta mesti memakai nombor peserta. Nombor peserta mesti dipakai pada ’vest’, di hadapan dan di belakang, kecuali bagi acara lompat bergalah dan lompat tinggi dimana peserta dibenarkan memakai hanya satu nombor samada di hadapan atau di belakang.
9. MASA MELAPORKAN DIRI
Acara-acara balapan
Peserta hendaklah melaporkan diri kepada Ketua Pegawai Bilik Panggilan 30 minit sebelum acara mereka dimulakan.
Acara-acara Padang
Peserta hendaklah melaporkan diri kepada Ketua Pegawai Bilik Panggilan 45 minit sebelum acara mereka dimulakan.
Jawatankuasa Pengelola akan memaklumkan sekiranya ada perubahan masa dalam jadual acara.
Hebahan tidak akan dilakukan untuk melaporkan diri. Walaubagaimanapun, masa laporkan diri
akan dipamerkan di Bilik Panggilan untuk rujukan Pengurus Pasukan dan peserta.
10. ALAT-ALAT PERTANDINGAN
10.1 Selain acara lompat bergalah di mana seseorang atlet dibenarkan menggunakan galah
sendiri, semua alat pertandingan akan disediakan oleh Jawatankuasa Pengelola.
10.2 Semua peserta diwajibkan mengguna blok permulaan untuk acara pecut, termasuk acara
4 x 100 meter dan 4 x 400 meter.
11. HAD MINIMUM PENYERTAAN
Setiap acara dalam pertandingan ini hanya akan dijalankan sekiranya terdapat sekurang-kurangnya tiga (3) penyertaan.
12. KAWASAN PERTANDINGAN
Hanya pegawai-pegawai yang bertugas dan peserta-peserta yang sedang bertanding dalam acara masing-masing dibenarkan dalam kawasan pertandingan.
13. BANTAHAN
13.1 Sebarang bantahan hendaklah, pada mulanya, dibuat oleh atlet atau wakilnya secara
lisan kepada referi.
14. KESELAMATAN
Pihak Jawatankuasa Pengelola tidak akan bertanggungjawab di atas sebarang kerosakkan barang-barang kepunyaan di dalam stadium atau semasa pertandingan. Walaubagaimanapun pihak Jawatankuasa Pengelola akan mengambil langkah keselamatan yang diperlukan dalam pekara ini.
15. KECEDERAAN
Jawatakuasa Pengelola akan mengambil langkah-langkah keselamatan untuk mengelakkan sebarang kecederaan. Walaubagaimanapun, Jawatankuasa Pengelola tidak bertanggungjawab terhadap kemalangan dan kecederaan atlet sebelum, semasa dan selepas Kejohanan ini.
16. PERKARA-PERKARA YANG TIDAK DINYATAKAN
Jawatankuasa Pengelola berhak memutuskan sebarang perkara yang tidak tersedia dalam peraturan ini atau peraturan-peraturan K.O.A.M. dan keputusan adalah MUKTAMAD.
17. MESYUARAT PENGURUS PASUKAN
Mesyuarat Pengurus Pasukan akan diadakan pada 24 Jun 2011 jam 10.00 pagi di Stadium
Mini MSN, Bukit Jalil, Kuala Lumpur.
SENARAI ACARA
ACARA-ACARA YANG AKAN DIPERTANDINGKAN
Balapan Lelaki Perempuan
100 meter 100 meter
200 meter 200 meter
400 meter 400 meter
800 meter 800 meter
1500 meter 1500 meter
5000 meter 5000 meter
10000 meter
4x100 meter 4 x 100 meter
4x400 meter 4 x 400 meter
110 meter lari berpagar 100 meter lari berpagar
400 meter lari berpagar 400 meter lari berpagar
3000 meter lari berhalangan 3000 meter lari berhalangan
Jalan Kaki 10 Km 10 Km
Padang Lompat Tinggi Lompat Tinggi
Lompat Jauh Lompat Jauh
Lompat Kijang Lompat Kijang
Lompat Bergalah Lompat Bergalah
Lontar Peluru Lontar Peluru
Lempar Cakera Lempar Cakera
Merejam Lembing Merejam Lembing
Baling Tukul Besi Baling Tukul Besi
KEJOHANAN OLAHRAGA REMAJA TERBUKA SELANGOR 2011
HARI PERTAMA (SABTU )
25 JUN 2011
STADIUM Mini MSN, BUKIT JALIL, KUALA LUMPUR
MASA ACARA JANTINA PERINGKAT
101 7.30 PG 10 KM BERJALAN KAKI L AKHIR
102 8.30 PG 5000 M L AKHIR
103 8.30 PG MELEMPAR CAKERA P AKHIR
104 8.30 PG LOMPAT TINGGI P AKHIR
105 8.30 PG LOMPAT BERGALAH L AKHIR
106 9.00 PG 100 M P SARINGAN
107 9.15 PG 100 M L SARINGAN
108 9.30 PG LOMPAT KIJANG P AKHIR
109 9.30 PG 400 M P SARINGAN
110 9.45 PG 400 M L SARINGAN
111 10.00 PG 100 M P SEPARUH AKHIR
112 10.10 PG 100 M L SEPARUH AKHIR
113 10.20 PG 4 X 100 M P SEPARUH AKHIR
114 10.30 PG 4 X 100 M L SEPARUH AKHIR
115 10.45 PG 400 M P SEPARUH AKHIR
116 11.00 PG 400 M L SEPARUH AKHIR
117 11.15 PG 100 M LARI BERPAGAR P SEPARUH AKHIR
118 11.30 PG 110 M LARU BERPAGAR L SEPARUH AKHIR
REHAT
151 3.00 PTG LOMPAT TINGGI L AKHIR
152 3.00 PTG LOMPAT KIJANG L AKHIR
153 3.00 PTG MELEMPAR CAKERA L AKHIR
154 3.00 PTG 110 M LARI BERPAGAR L AKHIR
155 3.15 PTG 100 M LARI BERPAGAR P AKHIR
156 3.30 PTG 100 M P AKHIR
157 3.40 PTG 100 M L AKHIR
158 3.50 PTG 400 M P AKHIR
159 4.00 PTG 400 M L AKHIR
160 4.10 PTG 1500 M P AKHIR
161 4.20 PTG 1500 M L AKHIR
162 4.30 PTG 4 X 100 M P AKHIR
163 4.40 PTG 4 X 100 M L AKHIR
HARI KEDUA ( AHAD )
26 JUN 2011
STADIUM Mini MSN, BUKIT JALIL, KUALA LUMPUR
MASA ACARA JANTINA PERINGKAT
201 7.30 PG 10 KM BERJALAN KAKI W AKHIR
202 8.30 PG 10000 M L AKHIR
203 8.30 PG MEREJAM LEMBING W AKHIR
204 8.30 PG LOMPAT BERGALAH W AKHIR
205 9.00 PG 5000 M W AKHIR
206 9.30 PG 200 M W SARINGAN
207 9.45 PG 200 M L SARINGAN
208 10.00 PG LONTAR PELURU L AKHIR
209 10.00 PG LOMPAT JAUH W AKHIR
210 10.00 PG 800 M W SEPARUH AKHIR
211 10.15 PG 800 M L SEPARUH AKHIR
212 10.30 PG 200 M W SEPARUH AKHIR
213 10.45 PG 200 M L SEPARUH AKHIR
214 11.00 PG 4 X 400 M W SEPARUH AKHIR
215 11.15 PG 4 X 400 M L SEPARUH AKHIR
216 11.30 PG 400 M LARI BERPAGAR W SEPARUH AKHIR
217 11.45 PG 400 M LARI BERPAGAR L SEPARUH AKHIR
REHAT
251 3.00 PTG LOMPAT JAUH L AKHIR
252 3.00 PTG MEREJAM LEMBING L AKHIR
253 3.00 PTG LONTAR PELURU W AKHIR
254 3.00 PTG 400 M LARI BERPAGAR L AKHIR
255 3.20 PTG 400 M LARI BERPAGAR W AKHIR
256 3.40 PTG 200 M W AKHIR
257 3.50 PTG 200 M L AKHIR
258 4.00 PTG 800 M W AKHIR
259 4.15 PTG 800 M L AKHIR
260 4.30 PTG 3000 LARI BERHALANGAN L AKHIR
261 5.00 PTG 4 X 400 M W AKHIR
262 5.15 PTG 4 X 400 M L AKHIR
No comments:
Post a Comment